Friday, January 16, 2009

Struktur Sesebuah Pantun

Apa khabar? Saya akan blog lagi hari ini. Kami mengadakan kelas sastera di bilik MP8 di tingkat empat. Hairannya, cuaca sangat dingin dan sejuk pada hari ini walaupun Singapura adalah negara yang tropikal. Bergigil saya!

Cikgu mengajar kami struktur sesebuah pantun yang baik:

1)Mempunyai 4 baris - selalu dilihat/ popular

+ 2 baris awal - pembayang

+2 baris akhir - maksud

2)Setiap baris mempunyai 8-12 perkataan

3)Kosa kata berkenaan dengan alam semesta Melayu

4)Jelas subjek dan predikat

Cikgu memainkan sesebuah pantun yang dijadikan lagu berirama Ghazal:

Pulau Pisang

Pulau Pisang rumah api, (pembayang, 8 suku kata)

Pedoman kapal belayar malam; (pembayang, 10 suku kata)

Sebelum ajal berpantang mati, (maksud, 10 suku kata)

Walaupun tercampak lautan dalam. (maksud, 10 suku kata)

Pantun bermaksud bahawa walau bagaimanapun kita dicampak ke dalam sesebuah lautan yang dalam atau di dalam tanah, jikalau ajal belum sampai, kami tetap akan selamat kerana ajal maut seseornag itu di dalam kuasa Allah.

Pantun selalunya menerangkan Nilai-nilai Orang Islam dengan menggunakan Bahasa yang Kreatif. Di pertangahan sebuah baris ada Jeda. Jeda bermakna pemberhantian sebentar. Sesebuah pantun yang baik juga perlu mempunyai rima. Contohnya, menggunakan pantun Pulau Pisang, di baris pertama dan ketiga, suku kata akhir 'api' dan 'mati' mempunyai bunyi 'i' di akhirnya. Di baris kedua dan keempat, suku kata akhir 'malam' dan 'dalam' mempunyai bunyi 'lam'. Ini sangat penting bagi menghasilkan pantun yang unik dan berkualiti.

Selepas itu, Cikgu meyuruh kami mencatatkan lagi satu pantun, yang berkaitan dengan yang pertama, juga boleh dipanggil Pantun Berkait.

Pedoman kapal belayar malam,

Sarat bermuat buah keranji;

Walau tercampak lautan dalam,

Tidak kulupa segala janji.

Di pabtun di atas, baris pertama dan ketiga diambil daripada pantun yang pertama dan di situlah pantun ini dipanggil Pantun Berkait. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.

No comments:

Post a Comment