Thursday, March 18, 2010

Teks Bebas (Orkidnya sudah menjadi)

a) Teks ini dipetik daripada cerpen ‘Orkidnya sudah maenjadi’ oleh Khadijah Hashim, Kasih entah di mana, 2003. Jamal merupakan bapa kepada dua anak kecil, Aliza dan Adli, dan suami kepada Asiah.
Jamal adalah seorang bapa yang bengis kerana dia menengking kea rah kedua-dua anaknya apabila mendapat tahu bahawa keputusan peperiksaan mereka tidak memuaskan. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?” tengking Jamal dengan lantang.’ [P2]

Dan juga,
‘”Ini pun satu. Banyak merah. Tak lulus. Kira-kira tak lulus.”sergah si ayah.’[P5]

Jamal menengking dengan segera apabila melihat banyak bekas markah merah dan dia tidak pun mahu berkata dengan cara yang baik.

Jamal juga adalah seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kerana dia lebih mementingkan kerjanya daripada pendidikan anaknya, walaupun dia mahu keputusan yang terbaik. Dia juga lalai dalam proses pendidikan anak-anaknya kerana dia mementingkan pekerjaannya. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Buku kira-kira Aliza ayah belum beli,” sahut Aliza bertahan-tahan.’[P6]

Jamal tidak membeli buku kira-kira Aliza kerana dia menggunakan wang itu untuk mendirikan pondok orkidnya. Walau bagaimanapun, dia masih tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan Aliza gagal dalam subjek kira-kira apabila Aliza menyahut.

Jamal adalah seorang bapa yang tegas. Dia memarahi Aliza apabila dia menjawab. Ini menunjukkan bahawa dia pegang kepada pendiriannya dan dia tidak suka apabila anak-anaknya berkelakuan kurang ajar terhadap orang tua. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Diam! Kecik-kecik dah pandai menjawab,” sembar Jamal dengan keras.’[P7]

Dia memarahi Aliza apabila mendengar kata-katanya yang dianggap kurang ajar dan inimenunjukkan bahawa dia tegas dan tidak akan membiarkan anak-anaknya bersikap kurang ajar terhadap orang tua.

Jamal juga adalah seseorang yang panas baran. Dengan pantas, dia memarahi anak-anaknya apabila melihat keputusan yang tidak memuaskan dan dia tidak dapat mengawal emosinya. Dia bertindak mengikut nafsunya dan tidak menghiraukan perasaan kedua anak-anaknya. Ini dapay dilihat dalam teks ini,

‘”Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?” tengking Jamal dengan lantang.’ [P2]

Jamal menggunakan perkataan ‘Bodoh’ dan ini mungkin menyinggung hati Adli yang masih lembut itu. Dia bertindak secara radikal, tanpa memikirkan natijah-natijah yang akan berlaku kelak.

Secara rumusan, Jamal adalah seseorang yang bengis, tidak bertanggungjawab, panas baran dan tegas. Jamal patut menjadi contoh tauladan kepada anak-anaknya sebagai seorang bapa, tetapi dia menunjukkan ciri-ciri yang boleh dianggap negative dan akan menjejas pendidikan kedua-dua orang anaknya,


b) Asiah rasa riang dan bangga apabila dia ternampak orkid-orkidnya menguntum di pondok. Dia menganggap bunga-bunga sebagai anaknya sendiri dan kadangkala, lebih mementingkan bunga-bunganya daripada anaknya sendiri. Dia juga memuji-muji kepada Jamal apabila dia ternampak bunga-bunganya mula menguntum di pondoknya itu. Ini dapat dilihat dalam teks ini apabila dia memuji-muji bunganya kepada Jamal,

‘”Abang tengok ini, Tak sedar dah keluar kuntum.”’[P12]

Dan juga apabila dia menganggap bunganya sebagai anaknya sendiri,
‘”Belum lama kita membelanya dan mula berbunga,” kata Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja.’

Ini menunjukkan bahawa Asiah benar-benar menghargai bunga-bunga orkidnya dan lebih mementingkan mereka daripada anak-anak kandungnya sendiri.


c) Perkara pertama yang menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan tersebut adalah kerana anak-anaknya tidak lulus dalam peperiksaan masing-masing. Adli gagal subjek Bahasa Melayunya sementara Aliza gagal dalam subjek Matamatiksnya. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?” tengking Jamal dengan lantang.’ [P2]

Dan, ‘”Ini pun satu. Banyak merah. Tak lulus. Kira-kira tak lulus.”sergah si ayah.’[P5]

Oleh kerana kedua anaknya tidak lulus dalam peperiksaan masing-masing, Jamal terasa kecewa kerana dia mempunyai harapan yang tinggi untuk anaknya untuk ‘menjadi’ seperti orkid-orkid di pondoknya. Ini bermakna bahawa anak-anaknya tidak berjaya dalam peperiksaan mereka, tidak seperti orkid-orkid yang sedang pesat menguntum di pondoknya itu.

Jamal juga melafazkan ungkapan tersebut kerana dia rasa kesal kerana tidak mangendahkan tentang pendidikan anak-anaknya sebelum itu dan menyebabkan mereka mendapat markah yang kurang baik untuk peperiaksaan. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Buku kira-kira Aliza ayah belum beli,” sahut Aliza bertahan-tahan.’[P6]

Ini menunjukkan bahawa Jamal tidak pun membeli bahan pembelajaran yang lengkap untuk Aliza walaupun dia mahu mereka berjaya dalam peperiksaan. Perkara ini tidak wajar kerana Jamal patut disalahkan kerana sikap kecuaian dan tidak bertanggungjawab yang meyebabkan kedua-dua anaknya gagal dalam peperiksaan. Nada kesal dapat dikesan dalam ungkanpannya kerana dia kesal bahawa dia tidak bertanggungjawab atas pendidikan anak-anaknya itu.

Perkara yang ketiga, Jamal sedar akan kepentingan pendidikan untuk masa depan kedua anaknya dan dia takut kedua-dua anaknya itu akan menghadapi pelbagai cabaran jika prestatsi mereka berterusan seperti itu. Ini dapat dilihat di perenggan dua dan lima, yang menunjukkan bahawa kedua-dua anaknya gagal dalam peperiksaan.Nada risau juga dapat dikesan dalam ungkapan Jamal kerana dia risau tentang masa depan Aliza dan Adli jika mereka terus gagal dalam peperiksaan masing-masing.

Perkara yang terakhir, Jamal juga kecewa kerana isterinya lebih mementingkan bunga-bunga orkidnya daripada anaknya sendiri dan tidak sedikit pun mengambil berat tentang keputusan peperiksaan Aliza dan Adli. Mungkin sebab utama kedua-dua Adli dan Aliza gagal dalam peperiksaan masing-masing adalah kerana merekatidak dapat dorongan dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka dan tidak rasa bersemangat untuk belajar. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Belum lama kita membelanya dan mula berbunga,” kata Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja.’

Ini menunjukkan bahawa Asiah lebih rela meluangkan masanya bersama bunga-bunga orkidnya daripada dengan anak-anaknya walaupun Adli dan Aliza lebih wajar medapat perhatian daripada ibunya itu. Setelah Jamal melafazkan ungkapannya itu kepada Asiah, dia tetap tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu kerana dia khusyuk dengan bunga-bunga orkidnya yang baru menguntum.

Pada pendapat saya, tidak guna Jamal menyesal tentang perkara yang sudah berlalu. Namun, masih belum terlambat untuk berubah sikapnya dan juga sikap Asiah kerana anak-anaknya masih muda dan masih belum terlambat untuk membentuk keperibadian diri mereka.