Monday, January 19, 2009

Pantun Berkait

Kelas sastera hari ini agak sejuk (kerana kami belajar di bilik berhawa dingin) tetapi lebih penting lagi, menarik dan banyak dapat dipelajari. Cikgu meyuruh kami menyalin sebuah PANTUN BERKAIT yang menceritakan tentng perasaan taat setia terhadap Tuan Stamford Raffles:

Burung belibis di atas lantai,
Buah rambai dalam padi;
Tuan Raffles orang yang pandai,
Tahu sungguh mengambil hati.
Buah rambai dalam padi,
Lazat cita pula rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.
Lazat cita pula rasanya,
Jeruju dengan durinya;
Serta dengan budi bahasanya,
Setuju pula dengan isterinya.
Jeruju dengan durinya,
Di tepi jalan orang berlari;
Setuju pula dengan isterinya,
Seperti bulan dengan matahari.

Di petik daripada Karya Agung Pantun Melayu, 2001.


Jikalau kamu perasan, baris yang kedua dan keempat di rangkap yang sebelumnya menjadi baris yang pertama dan ketiga di rangkap yang seterusnya. Setiap rangkap ada kena-mengena dengan yang sebelumnya dan sebab itulah ia dipanggil Pantun Berkait.

Cikgu juga mengongsi pengalamannya semasa mejelajahi ke luar negeri untuk melanjutkan pengetahuannya tentang sastera. Ada yang seram dan ada juga yang lucu belaka. Dengan itu saya ucapkan selamt tinggal, untuk sebentar.

No comments:

Post a Comment