Tuesday, October 5, 2010

Tuesday, April 13, 2010

Jawapan untuk Soalan 'O' levels: Lorong Engku Aman

3a) Sajak Lorong Engku Aman yang ditulis oleh Masuri S.N ini bertemakan tentang 'perubahan kepada kehidupan dan sikap orang di sebuah masyarakat mengikut penyegajata dan kemodenan berbanding dengan dahulu.'

b) Ada beberapa perubahan yang berlaku pada Lorong Engku Aman. Perubahan yang pertama, bangunan-bangunan yang tinggi didirikan di daerah Lorong Engku Aman. Ini dapat dilihat di dalam teks ini,
"Perumahan yang tinggi mencakar" (R1 B4)

Ini menunjukkan bahawa perumahan yang setinggi pencakar langit didirikan di situ, menggantikan rumah-rumah kampung pada masa dahulu.

Perubahn yang seterusnya, haiwan ternakan tidak lagi dijaga orang kerana masing-masing sibuk dengan keluarga dan kerja mereka. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Ternakan tak berpunya" (R2 B2)

Haiwan-haiwan ternakan di Lorong Engku Aman tidak lagi mempunyai pemilik semenjak dunia menjadi lebih moden dan manusia menjadi sibuk dengan kerja. Ini menyebabkan haiwan-haiwan ini menjadi terbiar dan tidak berpunya.

c) Ada bebrapa perkara yang penyajak inigin menonjolkan kepada pembaca dalam sajak ini. Perkara yang pertama, penyajak berasa prihatin kerana kebanyakan suami isteri yang ingin mendirikan rumahtangga merancang untuk mendirikan keluarga yang kecil kerana mereka ingin meletakkan fokus kepada kerjaya mereka. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna."
(R2 B3 & 4)

Ini membuktikan bahawa pasangan suami isteri zaman sekarang cukup puas setelah mempunyai dua orang anak, dan ada yang tidak mahu zuriat pun kerana berfikiran bahawa anak-anak akan menjejas prestasi mereka dalam kerjaya. Panyajak risau tentang isu ini kerana jika setiap pasangan di dunia ini mempunyai mentaliti bahawa 'Dua cukup sempurna', populasi anak muda yang akan mengganti kependudukan orang tua akan merosot. Pada masa yang akan datang, dunia ini akan berkurangan cerdik pandai untuk memimpin negara dan negara itu akan menjadi porak peranda.

Perkara yang seterusnya, manusia zaman sekarang mudah angkuh dan sombong apabila mendapat sedikit kelebihan ataupun dinaikkan pangkat bak peribahasa 'Bagai kaduk naik junjung'. Ini terbukti di dalam sajak ini,
"Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk" (R3 B1 & 2)

Ini menunjukkan bahawa orang zaman sekarang tidak mempunyai jati diri yang tegap dan tidak suka merendahkan diri setelah mencapai sesuatu. Olen kerana dunia yang pesat berubah, manusia menjadikan lebih kompetitif dan lebih mementingkan wang daripada apa-apa. Penyajak prihatin kerana semua orang Melayu asli, yang lebih mementingkan adat dan istiadat.

Perkara yang ketiga, manusia zaman sekarang terlalu sibuk dengan kerja mereka, dan kadangkala mengabaikan tanggungjawab mereka yang lain. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara." (R3 B3 &4)

Ini menunjukkan bahawa mereka memberi alasan mereka sibuk dengan 'urusan negara'. Perkara ini membimbangkan penyajak kerana dia takut manusia akan menjadi terlalu sibuk kelak dan akan mengabaikan kesihatan dan asal usul mereka.

Perkara yang keempat, manusia lebih mementingkan kerjaya mereka daripada adat istiadat yang dipupuk ibu bapa sejak kecil lagi. Kotak pemikiran mereka hanya dipenuhi dengan isu kerja dan tidak ada ruang untuk adat istiadat. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Adat yang menjerat
Di sini tak mendapat tempat." (R4 B3&4)

Dalam dunia yang pesat sekarang, adat dan budi perkerti tidak lagi 'mendapat tempat' di sisi manusia yang diselubungi kesibukan. Perkara ini mendapat perhatian penyajak kerana dia tidak ingin manusia di masa hadapan untuk bersikap biadap terhadap orang tua. Dia juga mahu manisia-manusia yang berbudi bahasa dan mempunyai jati diri yang kuat.

Perkara yang terakhir, manusia sering mengabaikan keluarga semata-mata untuk mendapatkan kelebihan dalam kerjaya mereka. Meraka tidak lagi menghargai sokongan dan kasih sayang keluarga mereka, yang dianggap penting semasa merka kecil dahulu. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Waktu ini tentu datang
Bila keadaan mendesak
Semua yang disayang
Sekali ini harus berpisah." (R5 B1 - 4)

Ini menunjukkan pada masa-masa yang susah, manusia yang memntingkan kerjaya akan sanggup meninggalkan keluarga demi kepentingan diri. penyajak bimbang kerana lebih ramai orang tidak mengenang jasa ibu bapa mereka yang bertungkus lumus menjaga merka sehingga mereka dewasa. Ini disebabkna sikap egois dan angguk manusia zaman sekarang. Penyajak juga tidak mahu manusia kesal apabila kehilangan keluarga kerana tidak dapat dibeli atau dicetak.

Pada pendapat saya, Masuri S.N amat peka tantang perkara-perkara ini dan lebih ramai orang harus membaca sajak ini dan memahami mesej yang tersirat yang ingin disampaikan.

Thursday, March 18, 2010

Teks Bebas (Orkidnya sudah menjadi)

a) Teks ini dipetik daripada cerpen ‘Orkidnya sudah maenjadi’ oleh Khadijah Hashim, Kasih entah di mana, 2003. Jamal merupakan bapa kepada dua anak kecil, Aliza dan Adli, dan suami kepada Asiah.
Jamal adalah seorang bapa yang bengis kerana dia menengking kea rah kedua-dua anaknya apabila mendapat tahu bahawa keputusan peperiksaan mereka tidak memuaskan. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?” tengking Jamal dengan lantang.’ [P2]

Dan juga,
‘”Ini pun satu. Banyak merah. Tak lulus. Kira-kira tak lulus.”sergah si ayah.’[P5]

Jamal menengking dengan segera apabila melihat banyak bekas markah merah dan dia tidak pun mahu berkata dengan cara yang baik.

Jamal juga adalah seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kerana dia lebih mementingkan kerjanya daripada pendidikan anaknya, walaupun dia mahu keputusan yang terbaik. Dia juga lalai dalam proses pendidikan anak-anaknya kerana dia mementingkan pekerjaannya. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Buku kira-kira Aliza ayah belum beli,” sahut Aliza bertahan-tahan.’[P6]

Jamal tidak membeli buku kira-kira Aliza kerana dia menggunakan wang itu untuk mendirikan pondok orkidnya. Walau bagaimanapun, dia masih tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan Aliza gagal dalam subjek kira-kira apabila Aliza menyahut.

Jamal adalah seorang bapa yang tegas. Dia memarahi Aliza apabila dia menjawab. Ini menunjukkan bahawa dia pegang kepada pendiriannya dan dia tidak suka apabila anak-anaknya berkelakuan kurang ajar terhadap orang tua. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Diam! Kecik-kecik dah pandai menjawab,” sembar Jamal dengan keras.’[P7]

Dia memarahi Aliza apabila mendengar kata-katanya yang dianggap kurang ajar dan inimenunjukkan bahawa dia tegas dan tidak akan membiarkan anak-anaknya bersikap kurang ajar terhadap orang tua.

Jamal juga adalah seseorang yang panas baran. Dengan pantas, dia memarahi anak-anaknya apabila melihat keputusan yang tidak memuaskan dan dia tidak dapat mengawal emosinya. Dia bertindak mengikut nafsunya dan tidak menghiraukan perasaan kedua anak-anaknya. Ini dapay dilihat dalam teks ini,

‘”Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?” tengking Jamal dengan lantang.’ [P2]

Jamal menggunakan perkataan ‘Bodoh’ dan ini mungkin menyinggung hati Adli yang masih lembut itu. Dia bertindak secara radikal, tanpa memikirkan natijah-natijah yang akan berlaku kelak.

Secara rumusan, Jamal adalah seseorang yang bengis, tidak bertanggungjawab, panas baran dan tegas. Jamal patut menjadi contoh tauladan kepada anak-anaknya sebagai seorang bapa, tetapi dia menunjukkan ciri-ciri yang boleh dianggap negative dan akan menjejas pendidikan kedua-dua orang anaknya,


b) Asiah rasa riang dan bangga apabila dia ternampak orkid-orkidnya menguntum di pondok. Dia menganggap bunga-bunga sebagai anaknya sendiri dan kadangkala, lebih mementingkan bunga-bunganya daripada anaknya sendiri. Dia juga memuji-muji kepada Jamal apabila dia ternampak bunga-bunganya mula menguntum di pondoknya itu. Ini dapat dilihat dalam teks ini apabila dia memuji-muji bunganya kepada Jamal,

‘”Abang tengok ini, Tak sedar dah keluar kuntum.”’[P12]

Dan juga apabila dia menganggap bunganya sebagai anaknya sendiri,
‘”Belum lama kita membelanya dan mula berbunga,” kata Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja.’

Ini menunjukkan bahawa Asiah benar-benar menghargai bunga-bunga orkidnya dan lebih mementingkan mereka daripada anak-anak kandungnya sendiri.


c) Perkara pertama yang menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan tersebut adalah kerana anak-anaknya tidak lulus dalam peperiksaan masing-masing. Adli gagal subjek Bahasa Melayunya sementara Aliza gagal dalam subjek Matamatiksnya. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?” tengking Jamal dengan lantang.’ [P2]

Dan, ‘”Ini pun satu. Banyak merah. Tak lulus. Kira-kira tak lulus.”sergah si ayah.’[P5]

Oleh kerana kedua anaknya tidak lulus dalam peperiksaan masing-masing, Jamal terasa kecewa kerana dia mempunyai harapan yang tinggi untuk anaknya untuk ‘menjadi’ seperti orkid-orkid di pondoknya. Ini bermakna bahawa anak-anaknya tidak berjaya dalam peperiksaan mereka, tidak seperti orkid-orkid yang sedang pesat menguntum di pondoknya itu.

Jamal juga melafazkan ungkapan tersebut kerana dia rasa kesal kerana tidak mangendahkan tentang pendidikan anak-anaknya sebelum itu dan menyebabkan mereka mendapat markah yang kurang baik untuk peperiaksaan. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Buku kira-kira Aliza ayah belum beli,” sahut Aliza bertahan-tahan.’[P6]

Ini menunjukkan bahawa Jamal tidak pun membeli bahan pembelajaran yang lengkap untuk Aliza walaupun dia mahu mereka berjaya dalam peperiksaan. Perkara ini tidak wajar kerana Jamal patut disalahkan kerana sikap kecuaian dan tidak bertanggungjawab yang meyebabkan kedua-dua anaknya gagal dalam peperiksaan. Nada kesal dapat dikesan dalam ungkanpannya kerana dia kesal bahawa dia tidak bertanggungjawab atas pendidikan anak-anaknya itu.

Perkara yang ketiga, Jamal sedar akan kepentingan pendidikan untuk masa depan kedua anaknya dan dia takut kedua-dua anaknya itu akan menghadapi pelbagai cabaran jika prestatsi mereka berterusan seperti itu. Ini dapat dilihat di perenggan dua dan lima, yang menunjukkan bahawa kedua-dua anaknya gagal dalam peperiksaan.Nada risau juga dapat dikesan dalam ungkapan Jamal kerana dia risau tentang masa depan Aliza dan Adli jika mereka terus gagal dalam peperiksaan masing-masing.

Perkara yang terakhir, Jamal juga kecewa kerana isterinya lebih mementingkan bunga-bunga orkidnya daripada anaknya sendiri dan tidak sedikit pun mengambil berat tentang keputusan peperiksaan Aliza dan Adli. Mungkin sebab utama kedua-dua Adli dan Aliza gagal dalam peperiksaan masing-masing adalah kerana merekatidak dapat dorongan dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka dan tidak rasa bersemangat untuk belajar. Ini dapat dilihat dalam teks ini,

‘”Belum lama kita membelanya dan mula berbunga,” kata Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja.’

Ini menunjukkan bahawa Asiah lebih rela meluangkan masanya bersama bunga-bunga orkidnya daripada dengan anak-anaknya walaupun Adli dan Aliza lebih wajar medapat perhatian daripada ibunya itu. Setelah Jamal melafazkan ungkapannya itu kepada Asiah, dia tetap tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu kerana dia khusyuk dengan bunga-bunga orkidnya yang baru menguntum.

Pada pendapat saya, tidak guna Jamal menyesal tentang perkara yang sudah berlalu. Namun, masih belum terlambat untuk berubah sikapnya dan juga sikap Asiah kerana anak-anaknya masih muda dan masih belum terlambat untuk membentuk keperibadian diri mereka.

Sunday, February 15, 2009

Sastera

Apa khabar semua! Maaf sudah lama saya menghilang. Komputer saya rosak dan baru sahaja diperbaiki. Sekarang, saya akan mempamerkan kerja rumah saya.

  • Maksud setiap rangkap untuk pantun nasib daripada buku Anak Bumi Tercinta.

Rangkap satu - Rangkap ini menceritakan tenteng nasib atau mujur seseorang. kami tidak dapat menentukan nasib kerana ia tidak di dalam kawalan kami. Apa yang milik kita booleh diambil dengan begitu sahaja oleh orang lain dan kami tidak dapat menghalangnya. Inilah dikatakan nasib.

Rangkap dua - Rangkap ini menceritakan tenteng seseornag yang tidak mempunyai ibu bapa atau saudara mara. Untuk meringkaskan lagi, dia hidup sebatang kara di muka bumi ini. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan dan tidak ada sesiapa untu meminta nasihat atau merasakan kasih sayang. Dia tidak bermaya untuk hidup lagi kerana kesunyian yang teramat.

Rangkap tiga - Rangkap ini tentang nasib seseorang yang tidak mempunyai arah dalam hidupnya kerana tidak mempunyai sesiapa lagi. Ke mana pun dia pergi. dia tidak akan membawa sebarang manfaat atau untung kerana dia tidak memiliki apa-apa kecuali nyawanya yang merana itu.

Rangkap empat - Rangkap ini memberitahu kami bahawa semasa kami bersuka ria dan bergembira, ada ramai orang yang akan menemani dan menjadi kawan kami. Namun, apabila kami dilanda musibah atau di dalam kesusahan, hanya sedikit sahaja yang sanggup menyusuri cabaran itu bersama kami.

Rangkap lima - Rangkap ini menceritakan tentang nasib seseorang yang malang. Orang ini tidak membawa kesan walau apa pun yang dilakukan olehnya. Dia diibaratkan lukut yang berada di tepi genteng, dan jikalau ia termasuk atau terkeluar, ia tidak akan membawa sebarang kesan.


Pembentukan syair -

  • Sebuah cerita panjang
  • Tidak perlu pembayang
  • Sekadar rima a-a-a-a pada setiap hujung baris empat rangkap
  • Kata-kata disesuaikan dalam penceritaaan
  • Ayat-ayat disesuaikan dalam penceritaan

Saya telah mereka sesebuah rangkap tentang pembelajaran,

Saya sekarang menengah tiga,

Dan mengambil bahasa sastera,

Sastera bahasa yang mulia,

Sangat bermanfaat untuk belia.

Cikgu Manaf guru kami,

Beliau sangat baik hati,

Pengajaran mudah di fahami,

Suaranya merdu sekali.

Mengkaji novel atau buku cerita,

Pantun syair mulia bahasanya,

Nasib adat atau perbahasa,

Itulah namanya Sastera.

Belajar sastera benyak kebaikan,

Bukan semata untuk peperiksaan,

Ada prinsip bersembunyian,

Yang perlu dalam kehidupan.

Pantun yang sangat menarik! ,

Sopan santun anak Melayu

Senyumannya manis bila disapa

Dalam pantun irama berlagu

Terkenang jasa orang tua-tua.

Lemak manis alah amboi-amboi!

Santan kelapa alah amboi-amboi

Kupandanglah manis alah amboi-amboi

Anak siapa?

Pantun tentang budaya-budaya melayu -

Ingat pesanan orang tua

Apa-apa yang ada ada puncanya

Sedikit sebanyak kami nak bicara

Tantang apa-apa di sekiling kita.

Kari karipap epok-epok kentang

Makanan harian yang kita suka

Terkenal sudah di negeri seberang

Makanana harian orang-orang kita.

Buah sengkuang ditumis basah

Diisi dengan lain-lainnya

Enak bersambal bergulung pula

Popiah goreng popiah kita.

Sejak bila sukar ditaksirkan

Pengarah lingkingan orang-orang kita

Cina India juga peranakan

Dalam hidangan kita bermuhibah.

Zaman Hang Tuah Zaman Melaka

Pelbagai bangsa mengenalinya

Hingga sekarang semua mesra

Itulah kita di Tanah Melayu.

Sejarah tentang kain batik.

Tidak diketahui secara pasti dari mana asal Kain Batik (cth Design Batik/Model Batik). Ditilik dari segi sejarah batik banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu yang dapat di lihat pada situs sejarah seperti di candi Prambanan. Motif-motif batik sebenarnya juga dapat kita temui dalam motif-motif pakaian maupun ornamen -ornamen peninggalan dari Mesir dan Timur Tengah 1500 tahun yang lalu(klik Jual Baju Batik & Jual Kain Batik).
Batik di Indonesia konon berasal dari singkatan banyak titik. Disebut demikian karena awal mulanya batik tradisional Indonesia mempunyai motif yang bercorak banyak titik-titik Batik di Indonesia mulai berkembang pada abad 19 dan menjadi bagian kehidupan budaya orang Jawa(klik Jual Baju Batik / Jual Kain Batik).
Mulanya batik hanya dikenakan oleh para bangsawan di Keraton. Batik dikenakan oleh para bangsawan pada acara-acara tertentu, masing-masing acara mempunyai corak batik atau Design Batik/Model Batik yang berbeda-beda. Batik(spt Baju Batik) juga diidentikan dengan kecantikan wanita mengingat dalam masa kerajaan di Jawa kecantikan wanita juga di ukur dengan kepandaian dalam membuat batik dengan menggunakan canting(klik Toko Batik). Canting merupakan salah satu alat untuk menulis pada kain batik dengan menggunakan lilin.
Kain Batik juga dipakai dalam acara tradisonal seperti pertunjukan wayang kulit. Seorang dalang wayang tidak hanya memainkan wayangnya saja tetapi juga menggunakan pakaian batik /Baju Batik sebagai bagian yang tak terpisahkan dari pertunjukan yang tentunya diikuti oleh penabuh gamelan dan para sinden (penyanyi klik Toko Batik). Pakain batik yang dipakai adalah jarik yaitu selembar kain yang cara penggunaannya hanya diikatkan mengelilingi pinggang (seperti sarung) dan diikat dengan setagen yaitu semacam sabuk yang terbuat dari kain.

Dari lelaman : http://kamissore.blogspot.com/2009/02/sejarah-kain-batik.html

Pantunnya...

Asalnya daripadap budaya Hindu,

Orang Jawa pakai batik selalu,

Sangat terkenal pada masa dahulu,

Tinggalan Mesir 1500 thun lalu.

Batik identiti kecantikan wanita,

Buat batik canting diguna,

Dalang wayang pun pakai batik juga,

Dan bukan mainkan wayang sahaja.

Dengan itu saya mengakhir pos saya pada masa ini.

Tuesday, January 27, 2009

Salam sejahtera semua pembaca blog saya yang sederhana ini. Saya baru sahaja menghabiskan jawapan untuk pantun teka-teki yang Cikgu berikan kepada kami sebagai kerja rumah. Jawapan adalah berikut. Sebelum itu, saya ingin minta ampun jikalau pantun 'merepek':

1)Binatang ini ada keris di kaki,
Ia sedap dimasak dengan santan;
Dapat jawapan gembira sekali,
Binatang itu adalah ayam jantan.

2)Dilempar hidup dilempar mati,
Benda ini suka berpusing;
Melihatnya pusing menyenangkan hati,
Benda ini ialah gasing.

3)Buah ini tidak bertangkai,
Untuk menjaga rumah tetangga;
Belikan baju akan say pakai,
Buah tidak bertangkai buah mangga.

4)Semakin diisi semakin ringan,
Saya kenal makcik nama Zaiton;
Yang punyai kedai menjual pinggan,
Dibuat getar namanya belon.

5)Saya menziarahi sahabat handai,
Mengalami kecerderaan ringan;
Beliau adalah seseorang pandai;
Jadi saya bawakan buah tangan.

6)Untuk mendaki tempat tinggi,
Kami perlukan banyak tenaga;
Tenaga sahaja tidak daki tinggi,
Tanpa pertolongan si tangga.

Taadaa! Saya harap pembaca-pembaca sekian tidak mengetawakan pantun ini. Terima kasih.

Monday, January 19, 2009

Pantun Berkait

Kelas sastera hari ini agak sejuk (kerana kami belajar di bilik berhawa dingin) tetapi lebih penting lagi, menarik dan banyak dapat dipelajari. Cikgu meyuruh kami menyalin sebuah PANTUN BERKAIT yang menceritakan tentng perasaan taat setia terhadap Tuan Stamford Raffles:

Burung belibis di atas lantai,
Buah rambai dalam padi;
Tuan Raffles orang yang pandai,
Tahu sungguh mengambil hati.
Buah rambai dalam padi,
Lazat cita pula rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.
Lazat cita pula rasanya,
Jeruju dengan durinya;
Serta dengan budi bahasanya,
Setuju pula dengan isterinya.
Jeruju dengan durinya,
Di tepi jalan orang berlari;
Setuju pula dengan isterinya,
Seperti bulan dengan matahari.

Di petik daripada Karya Agung Pantun Melayu, 2001.


Jikalau kamu perasan, baris yang kedua dan keempat di rangkap yang sebelumnya menjadi baris yang pertama dan ketiga di rangkap yang seterusnya. Setiap rangkap ada kena-mengena dengan yang sebelumnya dan sebab itulah ia dipanggil Pantun Berkait.

Cikgu juga mengongsi pengalamannya semasa mejelajahi ke luar negeri untuk melanjutkan pengetahuannya tentang sastera. Ada yang seram dan ada juga yang lucu belaka. Dengan itu saya ucapkan selamt tinggal, untuk sebentar.

Friday, January 16, 2009

Struktur Sesebuah Pantun

Apa khabar? Saya akan blog lagi hari ini. Kami mengadakan kelas sastera di bilik MP8 di tingkat empat. Hairannya, cuaca sangat dingin dan sejuk pada hari ini walaupun Singapura adalah negara yang tropikal. Bergigil saya!

Cikgu mengajar kami struktur sesebuah pantun yang baik:

1)Mempunyai 4 baris - selalu dilihat/ popular

+ 2 baris awal - pembayang

+2 baris akhir - maksud

2)Setiap baris mempunyai 8-12 perkataan

3)Kosa kata berkenaan dengan alam semesta Melayu

4)Jelas subjek dan predikat

Cikgu memainkan sesebuah pantun yang dijadikan lagu berirama Ghazal:

Pulau Pisang

Pulau Pisang rumah api, (pembayang, 8 suku kata)

Pedoman kapal belayar malam; (pembayang, 10 suku kata)

Sebelum ajal berpantang mati, (maksud, 10 suku kata)

Walaupun tercampak lautan dalam. (maksud, 10 suku kata)

Pantun bermaksud bahawa walau bagaimanapun kita dicampak ke dalam sesebuah lautan yang dalam atau di dalam tanah, jikalau ajal belum sampai, kami tetap akan selamat kerana ajal maut seseornag itu di dalam kuasa Allah.

Pantun selalunya menerangkan Nilai-nilai Orang Islam dengan menggunakan Bahasa yang Kreatif. Di pertangahan sebuah baris ada Jeda. Jeda bermakna pemberhantian sebentar. Sesebuah pantun yang baik juga perlu mempunyai rima. Contohnya, menggunakan pantun Pulau Pisang, di baris pertama dan ketiga, suku kata akhir 'api' dan 'mati' mempunyai bunyi 'i' di akhirnya. Di baris kedua dan keempat, suku kata akhir 'malam' dan 'dalam' mempunyai bunyi 'lam'. Ini sangat penting bagi menghasilkan pantun yang unik dan berkualiti.

Selepas itu, Cikgu meyuruh kami mencatatkan lagi satu pantun, yang berkaitan dengan yang pertama, juga boleh dipanggil Pantun Berkait.

Pedoman kapal belayar malam,

Sarat bermuat buah keranji;

Walau tercampak lautan dalam,

Tidak kulupa segala janji.

Di pabtun di atas, baris pertama dan ketiga diambil daripada pantun yang pertama dan di situlah pantun ini dipanggil Pantun Berkait. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.

Thursday, January 15, 2009

Sastera Dikaitkan Dengan Alam Semesta Melayu

Saya pulang lagi sekali. Haha. Semalam (14.01.09) kami menghadiri kelas sastera. Pada mulanya, kami naik ke tingkat empat (MP8) tetapi harus turun ke bilik EMAS di tingakt dua kerana ada guru lain yang ingin menggunakan bilik MP8 itu. Sesampai di bilik EMAS, saya rasa begitu letih sekali kerana sebelumnya kami ada latihan jasmani. Walaupun penat, saya tetap cuba sedaya upaya untuk fokus. Rakan sekelas saya pun kelihatan penat. Cikgu memulakan pelajaran dengan memberi kami dua buku : Anak Bumi Tercinta dan Anak Laut. Kedua-dua buku mengandungi puisi tradisional, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Cikgu memberitahu kami apa yang kami akan diuji di dalam buku ini.

Selepas semua itu selesai, Cikgu memberitahu kami peranan yang besar yang sastera memainkan dalam dunia melayu. Sastera berkaitan rapat dengan alam semesta melayu. Dan seringnya, jikalau kamu perasan, sastera mengandungi barang yang wujud di alam semesta melayu seperti burung, perhiasan, pokok dan daun-daun. Pernahkan kamu nampak sastera mengadungi objek seperti Spaceship, Titanic atau robot. Haha. Saya hanya mengulang apa yang Cikgu cakap semasa kelas.

Glosari daripada blog Cikgu Manaf:

Glosari Sastera 3
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)


Glosari Sastera 2
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)


Glosari Sastera 1
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)

Saturday, January 10, 2009

Mengenali Sajak dan Pantun

Woah! Saya melahirkan blog ini pada tarikh 10.01.09. Betul cakap Cikgu Manaf, mudah sahaja membuat sebuah blog. Saya mengambil kira-kira 5 minit sahaja. HAH. Kelmarin(08.01.09) ada kelas Sastera. Cikgu Manaf memainkan lagu/pantun untuk kami dengar dan selepas itu salinkan liriknya.

Irama: Ghazal
Lagu: Seri siatan

Pantun pertama:

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan.
Biarpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.


Yang kedua:

Kalau tidak selendang Bali,
Serindit maka kelapa muda.
Kalau tidak kanang sekali,
Kenang sedikit ada lagunya.


Justeru, cikgu memberitahu kami tentang kelainan antara sesebuah sajak dan pantun. Sesebuah pantun memepunyai sekurang-kurangnya empat kerat. Dua kerat yang pertama adalah pembayang, manakala yang lagi dua kerat adalah mesej pantun itu. Sajak mempunyai dua kerat tanpa sembarang pambayang.

Sebelum tamat kelas, Cikgu memberi kami tugasan untuk mencari empat jenis pantun yang mempunyai tujuan masing-masing: pantun kanak-kanak, pantun nasihat, pantun adat dan pantun kasih sayang.

Pantun kanak-kanak/ Teka-teki:

Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut?

Nyamuk.


Dari :
http://klasik.blogmas.com/2007/10/03/pantun-kanak-kanak-teka-teki/

Pantun nasihat:

Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi.
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.

Dari : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2059.0

Pantun adat:

Yang merah hanya saga
Yang kurik hanya kundi
Yang indah hanya bahasa
Yang baik hanya budi


Dari : http://culture.melayuonline.com/?a=cXVxL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=

Pantun kasih sayang:

Camar laut melayang rendah
tampak ikan lalu disambar,
Kasih padamu hinggap menyinggah
dalam pelukan bukanlah sebentar.

Dari : http://bo-is.tripod.com/pantun.htm