Tuesday, April 13, 2010

Jawapan untuk Soalan 'O' levels: Lorong Engku Aman

3a) Sajak Lorong Engku Aman yang ditulis oleh Masuri S.N ini bertemakan tentang 'perubahan kepada kehidupan dan sikap orang di sebuah masyarakat mengikut penyegajata dan kemodenan berbanding dengan dahulu.'

b) Ada beberapa perubahan yang berlaku pada Lorong Engku Aman. Perubahan yang pertama, bangunan-bangunan yang tinggi didirikan di daerah Lorong Engku Aman. Ini dapat dilihat di dalam teks ini,
"Perumahan yang tinggi mencakar" (R1 B4)

Ini menunjukkan bahawa perumahan yang setinggi pencakar langit didirikan di situ, menggantikan rumah-rumah kampung pada masa dahulu.

Perubahn yang seterusnya, haiwan ternakan tidak lagi dijaga orang kerana masing-masing sibuk dengan keluarga dan kerja mereka. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Ternakan tak berpunya" (R2 B2)

Haiwan-haiwan ternakan di Lorong Engku Aman tidak lagi mempunyai pemilik semenjak dunia menjadi lebih moden dan manusia menjadi sibuk dengan kerja. Ini menyebabkan haiwan-haiwan ini menjadi terbiar dan tidak berpunya.

c) Ada bebrapa perkara yang penyajak inigin menonjolkan kepada pembaca dalam sajak ini. Perkara yang pertama, penyajak berasa prihatin kerana kebanyakan suami isteri yang ingin mendirikan rumahtangga merancang untuk mendirikan keluarga yang kecil kerana mereka ingin meletakkan fokus kepada kerjaya mereka. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna."
(R2 B3 & 4)

Ini membuktikan bahawa pasangan suami isteri zaman sekarang cukup puas setelah mempunyai dua orang anak, dan ada yang tidak mahu zuriat pun kerana berfikiran bahawa anak-anak akan menjejas prestasi mereka dalam kerjaya. Panyajak risau tentang isu ini kerana jika setiap pasangan di dunia ini mempunyai mentaliti bahawa 'Dua cukup sempurna', populasi anak muda yang akan mengganti kependudukan orang tua akan merosot. Pada masa yang akan datang, dunia ini akan berkurangan cerdik pandai untuk memimpin negara dan negara itu akan menjadi porak peranda.

Perkara yang seterusnya, manusia zaman sekarang mudah angkuh dan sombong apabila mendapat sedikit kelebihan ataupun dinaikkan pangkat bak peribahasa 'Bagai kaduk naik junjung'. Ini terbukti di dalam sajak ini,
"Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk" (R3 B1 & 2)

Ini menunjukkan bahawa orang zaman sekarang tidak mempunyai jati diri yang tegap dan tidak suka merendahkan diri setelah mencapai sesuatu. Olen kerana dunia yang pesat berubah, manusia menjadikan lebih kompetitif dan lebih mementingkan wang daripada apa-apa. Penyajak prihatin kerana semua orang Melayu asli, yang lebih mementingkan adat dan istiadat.

Perkara yang ketiga, manusia zaman sekarang terlalu sibuk dengan kerja mereka, dan kadangkala mengabaikan tanggungjawab mereka yang lain. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara." (R3 B3 &4)

Ini menunjukkan bahawa mereka memberi alasan mereka sibuk dengan 'urusan negara'. Perkara ini membimbangkan penyajak kerana dia takut manusia akan menjadi terlalu sibuk kelak dan akan mengabaikan kesihatan dan asal usul mereka.

Perkara yang keempat, manusia lebih mementingkan kerjaya mereka daripada adat istiadat yang dipupuk ibu bapa sejak kecil lagi. Kotak pemikiran mereka hanya dipenuhi dengan isu kerja dan tidak ada ruang untuk adat istiadat. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Adat yang menjerat
Di sini tak mendapat tempat." (R4 B3&4)

Dalam dunia yang pesat sekarang, adat dan budi perkerti tidak lagi 'mendapat tempat' di sisi manusia yang diselubungi kesibukan. Perkara ini mendapat perhatian penyajak kerana dia tidak ingin manusia di masa hadapan untuk bersikap biadap terhadap orang tua. Dia juga mahu manisia-manusia yang berbudi bahasa dan mempunyai jati diri yang kuat.

Perkara yang terakhir, manusia sering mengabaikan keluarga semata-mata untuk mendapatkan kelebihan dalam kerjaya mereka. Meraka tidak lagi menghargai sokongan dan kasih sayang keluarga mereka, yang dianggap penting semasa merka kecil dahulu. Ini dapat dilihat dalam sajak ini,
"Waktu ini tentu datang
Bila keadaan mendesak
Semua yang disayang
Sekali ini harus berpisah." (R5 B1 - 4)

Ini menunjukkan pada masa-masa yang susah, manusia yang memntingkan kerjaya akan sanggup meninggalkan keluarga demi kepentingan diri. penyajak bimbang kerana lebih ramai orang tidak mengenang jasa ibu bapa mereka yang bertungkus lumus menjaga merka sehingga mereka dewasa. Ini disebabkna sikap egois dan angguk manusia zaman sekarang. Penyajak juga tidak mahu manusia kesal apabila kehilangan keluarga kerana tidak dapat dibeli atau dicetak.

Pada pendapat saya, Masuri S.N amat peka tantang perkara-perkara ini dan lebih ramai orang harus membaca sajak ini dan memahami mesej yang tersirat yang ingin disampaikan.