Tuesday, January 27, 2009

Salam sejahtera semua pembaca blog saya yang sederhana ini. Saya baru sahaja menghabiskan jawapan untuk pantun teka-teki yang Cikgu berikan kepada kami sebagai kerja rumah. Jawapan adalah berikut. Sebelum itu, saya ingin minta ampun jikalau pantun 'merepek':

1)Binatang ini ada keris di kaki,
Ia sedap dimasak dengan santan;
Dapat jawapan gembira sekali,
Binatang itu adalah ayam jantan.

2)Dilempar hidup dilempar mati,
Benda ini suka berpusing;
Melihatnya pusing menyenangkan hati,
Benda ini ialah gasing.

3)Buah ini tidak bertangkai,
Untuk menjaga rumah tetangga;
Belikan baju akan say pakai,
Buah tidak bertangkai buah mangga.

4)Semakin diisi semakin ringan,
Saya kenal makcik nama Zaiton;
Yang punyai kedai menjual pinggan,
Dibuat getar namanya belon.

5)Saya menziarahi sahabat handai,
Mengalami kecerderaan ringan;
Beliau adalah seseorang pandai;
Jadi saya bawakan buah tangan.

6)Untuk mendaki tempat tinggi,
Kami perlukan banyak tenaga;
Tenaga sahaja tidak daki tinggi,
Tanpa pertolongan si tangga.

Taadaa! Saya harap pembaca-pembaca sekian tidak mengetawakan pantun ini. Terima kasih.

Monday, January 19, 2009

Pantun Berkait

Kelas sastera hari ini agak sejuk (kerana kami belajar di bilik berhawa dingin) tetapi lebih penting lagi, menarik dan banyak dapat dipelajari. Cikgu meyuruh kami menyalin sebuah PANTUN BERKAIT yang menceritakan tentng perasaan taat setia terhadap Tuan Stamford Raffles:

Burung belibis di atas lantai,
Buah rambai dalam padi;
Tuan Raffles orang yang pandai,
Tahu sungguh mengambil hati.
Buah rambai dalam padi,
Lazat cita pula rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.
Lazat cita pula rasanya,
Jeruju dengan durinya;
Serta dengan budi bahasanya,
Setuju pula dengan isterinya.
Jeruju dengan durinya,
Di tepi jalan orang berlari;
Setuju pula dengan isterinya,
Seperti bulan dengan matahari.

Di petik daripada Karya Agung Pantun Melayu, 2001.


Jikalau kamu perasan, baris yang kedua dan keempat di rangkap yang sebelumnya menjadi baris yang pertama dan ketiga di rangkap yang seterusnya. Setiap rangkap ada kena-mengena dengan yang sebelumnya dan sebab itulah ia dipanggil Pantun Berkait.

Cikgu juga mengongsi pengalamannya semasa mejelajahi ke luar negeri untuk melanjutkan pengetahuannya tentang sastera. Ada yang seram dan ada juga yang lucu belaka. Dengan itu saya ucapkan selamt tinggal, untuk sebentar.

Friday, January 16, 2009

Struktur Sesebuah Pantun

Apa khabar? Saya akan blog lagi hari ini. Kami mengadakan kelas sastera di bilik MP8 di tingkat empat. Hairannya, cuaca sangat dingin dan sejuk pada hari ini walaupun Singapura adalah negara yang tropikal. Bergigil saya!

Cikgu mengajar kami struktur sesebuah pantun yang baik:

1)Mempunyai 4 baris - selalu dilihat/ popular

+ 2 baris awal - pembayang

+2 baris akhir - maksud

2)Setiap baris mempunyai 8-12 perkataan

3)Kosa kata berkenaan dengan alam semesta Melayu

4)Jelas subjek dan predikat

Cikgu memainkan sesebuah pantun yang dijadikan lagu berirama Ghazal:

Pulau Pisang

Pulau Pisang rumah api, (pembayang, 8 suku kata)

Pedoman kapal belayar malam; (pembayang, 10 suku kata)

Sebelum ajal berpantang mati, (maksud, 10 suku kata)

Walaupun tercampak lautan dalam. (maksud, 10 suku kata)

Pantun bermaksud bahawa walau bagaimanapun kita dicampak ke dalam sesebuah lautan yang dalam atau di dalam tanah, jikalau ajal belum sampai, kami tetap akan selamat kerana ajal maut seseornag itu di dalam kuasa Allah.

Pantun selalunya menerangkan Nilai-nilai Orang Islam dengan menggunakan Bahasa yang Kreatif. Di pertangahan sebuah baris ada Jeda. Jeda bermakna pemberhantian sebentar. Sesebuah pantun yang baik juga perlu mempunyai rima. Contohnya, menggunakan pantun Pulau Pisang, di baris pertama dan ketiga, suku kata akhir 'api' dan 'mati' mempunyai bunyi 'i' di akhirnya. Di baris kedua dan keempat, suku kata akhir 'malam' dan 'dalam' mempunyai bunyi 'lam'. Ini sangat penting bagi menghasilkan pantun yang unik dan berkualiti.

Selepas itu, Cikgu meyuruh kami mencatatkan lagi satu pantun, yang berkaitan dengan yang pertama, juga boleh dipanggil Pantun Berkait.

Pedoman kapal belayar malam,

Sarat bermuat buah keranji;

Walau tercampak lautan dalam,

Tidak kulupa segala janji.

Di pabtun di atas, baris pertama dan ketiga diambil daripada pantun yang pertama dan di situlah pantun ini dipanggil Pantun Berkait. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.

Thursday, January 15, 2009

Sastera Dikaitkan Dengan Alam Semesta Melayu

Saya pulang lagi sekali. Haha. Semalam (14.01.09) kami menghadiri kelas sastera. Pada mulanya, kami naik ke tingkat empat (MP8) tetapi harus turun ke bilik EMAS di tingakt dua kerana ada guru lain yang ingin menggunakan bilik MP8 itu. Sesampai di bilik EMAS, saya rasa begitu letih sekali kerana sebelumnya kami ada latihan jasmani. Walaupun penat, saya tetap cuba sedaya upaya untuk fokus. Rakan sekelas saya pun kelihatan penat. Cikgu memulakan pelajaran dengan memberi kami dua buku : Anak Bumi Tercinta dan Anak Laut. Kedua-dua buku mengandungi puisi tradisional, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Cikgu memberitahu kami apa yang kami akan diuji di dalam buku ini.

Selepas semua itu selesai, Cikgu memberitahu kami peranan yang besar yang sastera memainkan dalam dunia melayu. Sastera berkaitan rapat dengan alam semesta melayu. Dan seringnya, jikalau kamu perasan, sastera mengandungi barang yang wujud di alam semesta melayu seperti burung, perhiasan, pokok dan daun-daun. Pernahkan kamu nampak sastera mengadungi objek seperti Spaceship, Titanic atau robot. Haha. Saya hanya mengulang apa yang Cikgu cakap semasa kelas.

Glosari daripada blog Cikgu Manaf:

Glosari Sastera 3
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)


Glosari Sastera 2
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)


Glosari Sastera 1
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: sastera o)

Saturday, January 10, 2009

Mengenali Sajak dan Pantun

Woah! Saya melahirkan blog ini pada tarikh 10.01.09. Betul cakap Cikgu Manaf, mudah sahaja membuat sebuah blog. Saya mengambil kira-kira 5 minit sahaja. HAH. Kelmarin(08.01.09) ada kelas Sastera. Cikgu Manaf memainkan lagu/pantun untuk kami dengar dan selepas itu salinkan liriknya.

Irama: Ghazal
Lagu: Seri siatan

Pantun pertama:

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan.
Biarpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.


Yang kedua:

Kalau tidak selendang Bali,
Serindit maka kelapa muda.
Kalau tidak kanang sekali,
Kenang sedikit ada lagunya.


Justeru, cikgu memberitahu kami tentang kelainan antara sesebuah sajak dan pantun. Sesebuah pantun memepunyai sekurang-kurangnya empat kerat. Dua kerat yang pertama adalah pembayang, manakala yang lagi dua kerat adalah mesej pantun itu. Sajak mempunyai dua kerat tanpa sembarang pambayang.

Sebelum tamat kelas, Cikgu memberi kami tugasan untuk mencari empat jenis pantun yang mempunyai tujuan masing-masing: pantun kanak-kanak, pantun nasihat, pantun adat dan pantun kasih sayang.

Pantun kanak-kanak/ Teka-teki:

Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut?

Nyamuk.


Dari :
http://klasik.blogmas.com/2007/10/03/pantun-kanak-kanak-teka-teki/

Pantun nasihat:

Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi.
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.

Dari : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2059.0

Pantun adat:

Yang merah hanya saga
Yang kurik hanya kundi
Yang indah hanya bahasa
Yang baik hanya budi


Dari : http://culture.melayuonline.com/?a=cXVxL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=

Pantun kasih sayang:

Camar laut melayang rendah
tampak ikan lalu disambar,
Kasih padamu hinggap menyinggah
dalam pelukan bukanlah sebentar.

Dari : http://bo-is.tripod.com/pantun.htm