Tuesday, January 27, 2009
1)Binatang ini ada keris di kaki,
Ia sedap dimasak dengan santan;
Dapat jawapan gembira sekali,
Binatang itu adalah ayam jantan.
2)Dilempar hidup dilempar mati,
Benda ini suka berpusing;
Melihatnya pusing menyenangkan hati,
Benda ini ialah gasing.
3)Buah ini tidak bertangkai,
Untuk menjaga rumah tetangga;
Belikan baju akan say pakai,
Buah tidak bertangkai buah mangga.
4)Semakin diisi semakin ringan,
Saya kenal makcik nama Zaiton;
Yang punyai kedai menjual pinggan,
Dibuat getar namanya belon.
5)Saya menziarahi sahabat handai,
Mengalami kecerderaan ringan;
Beliau adalah seseorang pandai;
Jadi saya bawakan buah tangan.
6)Untuk mendaki tempat tinggi,
Kami perlukan banyak tenaga;
Tenaga sahaja tidak daki tinggi,
Tanpa pertolongan si tangga.
Taadaa! Saya harap pembaca-pembaca sekian tidak mengetawakan pantun ini. Terima kasih.
Monday, January 19, 2009
Pantun Berkait
Di petik daripada Karya Agung Pantun Melayu, 2001.
Jikalau kamu perasan, baris yang kedua dan keempat di rangkap yang sebelumnya menjadi baris yang pertama dan ketiga di rangkap yang seterusnya. Setiap rangkap ada kena-mengena dengan yang sebelumnya dan sebab itulah ia dipanggil Pantun Berkait.
Cikgu juga mengongsi pengalamannya semasa mejelajahi ke luar negeri untuk melanjutkan pengetahuannya tentang sastera. Ada yang seram dan ada juga yang lucu belaka. Dengan itu saya ucapkan selamt tinggal, untuk sebentar.
Friday, January 16, 2009
Struktur Sesebuah Pantun
Cikgu mengajar kami struktur sesebuah pantun yang baik:
1)Mempunyai 4 baris - selalu dilihat/ popular
+ 2 baris awal - pembayang
+2 baris akhir - maksud
2)Setiap baris mempunyai 8-12 perkataan
3)Kosa kata berkenaan dengan alam semesta Melayu
4)Jelas subjek dan predikat
Cikgu memainkan sesebuah pantun yang dijadikan lagu berirama Ghazal:
Pulau Pisang
Pulau Pisang rumah api, (pembayang, 8 suku kata)
Pedoman kapal belayar malam; (pembayang, 10 suku kata)
Sebelum ajal berpantang mati, (maksud, 10 suku kata)
Walaupun tercampak lautan dalam. (maksud, 10 suku kata)
Pantun bermaksud bahawa walau bagaimanapun kita dicampak ke dalam sesebuah lautan yang dalam atau di dalam tanah, jikalau ajal belum sampai, kami tetap akan selamat kerana ajal maut seseornag itu di dalam kuasa Allah.
Pantun selalunya menerangkan Nilai-nilai Orang Islam dengan menggunakan Bahasa yang Kreatif. Di pertangahan sebuah baris ada Jeda. Jeda bermakna pemberhantian sebentar. Sesebuah pantun yang baik juga perlu mempunyai rima. Contohnya, menggunakan pantun Pulau Pisang, di baris pertama dan ketiga, suku kata akhir 'api' dan 'mati' mempunyai bunyi 'i' di akhirnya. Di baris kedua dan keempat, suku kata akhir 'malam' dan 'dalam' mempunyai bunyi 'lam'. Ini sangat penting bagi menghasilkan pantun yang unik dan berkualiti.
Selepas itu, Cikgu meyuruh kami mencatatkan lagi satu pantun, yang berkaitan dengan yang pertama, juga boleh dipanggil Pantun Berkait.
Pedoman kapal belayar malam,
Sarat bermuat buah keranji;
Walau tercampak lautan dalam,
Tidak kulupa segala janji.
Di pabtun di atas, baris pertama dan ketiga diambil daripada pantun yang pertama dan di situlah pantun ini dipanggil Pantun Berkait. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.
Thursday, January 15, 2009
Sastera Dikaitkan Dengan Alam Semesta Melayu
Selepas semua itu selesai, Cikgu memberitahu kami peranan yang besar yang sastera memainkan dalam dunia melayu. Sastera berkaitan rapat dengan alam semesta melayu. Dan seringnya, jikalau kamu perasan, sastera mengandungi barang yang wujud di alam semesta melayu seperti burung, perhiasan, pokok dan daun-daun. Pernahkan kamu nampak sastera mengadungi objek seperti Spaceship, Titanic atau robot. Haha. Saya hanya mengulang apa yang Cikgu cakap semasa kelas.
Glosari daripada blog Cikgu Manaf:
Saturday, January 10, 2009
Mengenali Sajak dan Pantun
Irama: Ghazal
Lagu: Seri siatan
Pantun pertama:
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan.
Biarpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.
Yang kedua:
Kalau tidak selendang Bali,
Serindit maka kelapa muda.
Kalau tidak kanang sekali,
Kenang sedikit ada lagunya.
Justeru, cikgu memberitahu kami tentang kelainan antara sesebuah sajak dan pantun. Sesebuah pantun memepunyai sekurang-kurangnya empat kerat. Dua kerat yang pertama adalah pembayang, manakala yang lagi dua kerat adalah mesej pantun itu. Sajak mempunyai dua kerat tanpa sembarang pambayang.
Sebelum tamat kelas, Cikgu memberi kami tugasan untuk mencari empat jenis pantun yang mempunyai tujuan masing-masing: pantun kanak-kanak, pantun nasihat, pantun adat dan pantun kasih sayang.
Pantun kanak-kanak/ Teka-teki:
Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut?
Nyamuk.
Dari : http://klasik.blogmas.com/2007/10/03/pantun-kanak-kanak-teka-teki/
Pantun nasihat:
Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi.
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.
Dari : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2059.0
Pantun adat:
Yang merah hanya saga
Yang kurik hanya kundi
Yang indah hanya bahasa
Yang baik hanya budi
Dari : http://culture.melayuonline.com/?a=cXVxL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Pantun kasih sayang:
Camar laut melayang rendah
tampak ikan lalu disambar,
Kasih padamu hinggap menyinggah
dalam pelukan bukanlah sebentar.
Dari : http://bo-is.tripod.com/pantun.htm